Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USMKK FC SASAR KEBANGKITAN DI KOTA KINABALU

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 27 Julai 2025 – Skuad futsal dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, USMKK FC masih belum mengibarkan bendera putih dalam kempen Malaysia Futsal Cup (MFC) 2025, meskipun tewas 2-4 kepada pasukan berpengalaman Sabah FA dalam aksi suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Negeri, semalam.

1000160641

1000160639

Pertemuan penuh aksi itu menyaksikan USMKK FC bermula cemerlang apabila berjaya mendahului pada awal permainan. Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sabah FA bangkit dengan permainan bertenaga dan konsisten, memanfaatkan setiap peluang keemasan untuk mengutip empat (4) jaringan.

1000160647

1000160643

USMKK FC sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila muncul Juara Malaysian Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025, sekali gus menempah tempat dalam saingan MFC buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya.

1000160649

1000160645

1000160637

Kini, mereka bakal membawa cabaran besar dalam perlawanan timbal balik di Kota Kinabalu pada 2 Ogos nanti dengan harapan mencatat keputusan yang mampu mengubah nasib dan melakar kejutan di pentas kebangsaan.

Teks: Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 109