Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

UTSB PERGIAT SEGMEN PENAWARAN RAWATAN EKSEKUTIF HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Januari 2023 - USAINS Tech Services Sdn Bhd (UTSB) mensasarkan lebih ramai perunding (consultant) perubatan menyertai mereka menerusi segmen penawaran rawatan eksekutif Hospital USM, demikian intipati sesi pendengaran awam (town hall) oleh USAINS hari ini. 

Sesi tersebut disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif, Ketua Kumpulan Perubatan USAINS, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim di Dewan Kuliah 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), selain turut dipancarkan secara maya menerusi platform Webex. 
 
 IMG 20230110 WA0004
 
Ahmad Sukari antara lain berkongsi inisiatif-inisiatif terkini USAINS untuk mengembangkan lagi operasi sedia, antaranya memperkenalkan waktu operasi Klinik Eksekutif pada hari Sabtu serta perkhidmatan kecemasan (emergency) 24 jam.
 
IMG 20230110 WA0003
 
Dalam usaha meningkatkan keupayaan diagnostik serta perawatan, USAINS juga bakal memiliki beberapa aset teknologi terkini termasuk mesin CT-scan baharu yang akan ditempatkan di Jabatan Radiologi serta sebuah mesin ultrasound yang akan digunapakai bersama beberapa Jabatan yang telah dikenal pasti. 
 
Terkini, UTSB juga telah merekrut beberapa bakat baharu dalam bidang-bidang sokongan termasuk pemasaran, teknologi maklumat (IT) serta kawalan risiko dalam usaha memperkaya dan memantapkan pasukan sedia ada bagi menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi setanding pesaing industri. 
 
IMG 20230110 WA0005
 
Sementara itu, kesempatan sesi pendengaran awam ini turut dimanfaatkan oleh pihak USAINS menyerahkan sumbangan zakat untuk membiayai yuran pengajian kepada seorang pelajar perubatan kurang berkemampuan, Saudara Mohamad Afiq Abd Rashid selain turut menyampaikan surat bonus honorarium kepada staf Wad Eksekutif.
 
  • Created on .
  • Hits: 188