USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Februari 2023 – Bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan menderma darah dan melakukan pemeriksaan asas kesihatan, Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf Kampus (KESUKAS), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di Penjara Pengkalan Chepa, semalam.
Program yang mendapat kerjasama Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kelantan dan Hospital USM (pasukan petugas kesihatan mewakili agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Unit Perubatan Transfusi dan Klinik Pergigian) ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang peri penting pemeriksaan kesihatan dalam kalangan kakitangan penjara dan keluarga di samping memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada mereka tentang kebaikan menderma darah.
Program yang dilaksanakan di Dewan Tan Sri Murad Ahmad dan dihadiri hampir 80 orang kakitangan Penjara Pengkalan Chepa serta ahli keluarga ini turut diisi dengan aktiviti pemeriksaan gigi, pemeriksaan tekanan darah, ujian gula, saringan kesihatan mental serta kaunseling kesihatan