WCC RAI PELAJAR OBELIUS DOKTOR PERUBATAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 September 2023- 'White Coat Ceremony'(WCC) adalah majlis yang menandakan bermulanya perjalanan untuk menjadi seorang doktor bagi pelajar Program Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM).
Seramai 146 orang pelajar yang lulus Peperiksaan Penilaian Profesional II dari kumpulan Obelius (batch ke-38) dirai dalam satu majlis semalam dan tertakluk kepada kelulusan universiti, mereka akan bergraduasi dalam sesi konvokesyen USM akan datang.
Pelajar yang dirai berpakaian jubah putih sebagai simbolik mereka akan memulakan pengembaraan dalam dunia perubatan dengan integriti, etika dan hasrat untuk memberikan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada masyarakat.
Majlis ini juga bertujuan sebagai penghargaan pelajar atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh keluarga, pensyarah dan rakan seperjuangan sepanjang tempoh pengajian mereka.
Turut hadir ialah Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa), Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas), Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan (Libatsama Industri- Komuniti dan Pembangunan), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ketua-ketua Jabatan PPSP USM.
- Created on .
- Hits: 689