Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

YAYASAN UEM TERUSKAN SUMBANGAN RM500,000 KEPADA HPUSM UNTUK BANTU RINGANKAN BEBAN PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Jun 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) terus diiktiraf sebagai peneraju rawatan untuk golongan rentan apabila menerima sumbangan RM500,000 daripada Yayasan UEM di bawah Program Bantuan Perubatan 2025 dalam satu majlis di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam.

1000148351

Dana tersebut akan digunakan untuk menampung kos ubat-ubatan, kemoterapi dan pembedahan berisiko tinggi sekali gus meringankan beban kewangan pesakit yang kurang berkemampuan.

1000148353

Sejak menyertai program ini pada 2019, HPUSM kekal komited memberikan akses rawatan berkualiti kepada pesakit yang memerlukan selari dengan matlamat Yayasan UEM untuk memperluas jangkauan kesihatan awam.

1000148357

Majlis penyerahan replika cek disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Aishah Nor kepada Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

1000148355

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) HPUSM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM, Profesor Dr. Shatriah Ismail dan Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan HPUSM, Shamsul Amri Sallehuddin.

Sumber Laporan & Foto: Normaisarah Mohammad Zahari

  • Created on .
  • Hits: 79