‘INDOOR GAMES' KESUKAS KEMBALIKAN KESERONOKAN PERMAINAN TRADISIONAL
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 November 2024 – Bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan staf untuk menyertai permainan tradisional, Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf (KESUKAS), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan 'indoor games' pada 9 November lalu di Dewan Aerobik, Kompleks Sukan 1, Kampus Kesihatan USM.
Program ini juga bertujuan melahirkan staf yang cergas dan cerdas dalam aspek mental dan fizikal selain memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta serta menanam sikap perpaduan dan cinta akan warisan kesenian bangsa.
Hampir 50 orang peserta menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan seperti congkak, karom, dart serta dam aji.
Penganjuran acara sukan sebegini diharap dapat meneruskan kesinambungan permainan tradisional sebagai warisan kepada generasi akan datang.
Sumber Laporan & Foto: Tan Siew Phing
- Created on .
- Hits: 283