Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

‘MEET AND GREET’ SERLAH KOMITMEN WAKIL LGU TERHADAP KOMUNITI USM DAN ALUMNI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Ogos 2025 – Ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi sekitar Kampus Kesihatan USM melalui program ‘Meet and Greet’, bertujuan meninjau fasiliti serta menyantuni komuniti kampus.

1000170083

Lawatan itu diketuai oleh Dato’ Muhammad Khizri Abu Kassim bersama Tuan Mohd Ali Mohd Salleh dan turut disertai Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail adalah kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni serta Persatuan Alumni USM.

1000170081

1000170079

1000170077

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Rumah Ronald McDonald Hospital Pakar USM yang menyediakan kemudahan sokongan dan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di wad pediatrik.

Dalam sesi lawatan ini juga, ahli LGU turut menyampaikan sumbangan termasuk kotak makanan USM Prihatin yang mengandungi barangan keperluan asas kepada keluarga pesakit kanak-kanak terpilih.

1000170087

1000170085

1000170089

1000170091

1000170093

Delegasi turut dibawa melawat Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya, USM - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) yang menyediakan perkhidmatan sokongan dalam usaha memperkasakan golongan OKU dan Taska D’Prince yang melaksanakan Program Inklusif Anak Cemerlang dengan lebih 25 murid, termasuk kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

1000170095

1000170097

1000170107

Selain itu, rombongan juga dibawa ke Galeri Madu Kelulut An-NaHL, Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) dan Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (ICSC) serta diberi taklimat mengenai peranan pusat-pusat ini dalam menyokong pendidikan, penyelidikan dan komuniti.

1000170105

1000170099

1000170101

1000170103

Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara ahli LGU dan komuniti universiti, malah turut memperlihatkan komitmen USM dalam memelihara kesejahteraan warga kampus serta masyarakat sekitarnya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Zaini Hussin; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Dr. Norhayati Luddin; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhamad Hanif Ariff.

Teks: Rosalwani Che Soh / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 313