🚫 USM KATAKAN TIDAK PADA BULI! 🚫
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 September 2025 - Di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), kami prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan semua warga kampus. Setiap individu, khususnya siswa dan siswi berhak untuk belajar serta berkembang dalam persekitaran yang selamat, sihat dan penuh hormat.





Jauhi buli merupakan antara seruan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail, sewaktu menyampaikan ucapan dalam Sesi Taklimat Ibubapa di Dewan Utama, hari ini.






Shaiful Bahari serta Pengurusan Kampus Kesihatan terdahulu menyantuni siswa-siswi baharu serta keluarga yang hadir mendaftar diri di Desasiswa Murni dan Desasiswa Nurani.
💬 Jika anda melihat atau mengalami kejadian buli, laporkan segera.
👉 Bersama kita hentikan budaya buli, bina komuniti kampus yang harmoni.
#USM
# _StopBully_
#PrihatinBersama
# _ZeroBullying_
#KampusSelamat
Teks: Amyrulhan Azhari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 213